Superb Cutie
mencari ilmu..
Sunday, November 22, 2009 | 8:23 PM | 0 comments
Mencari ilmu adalah amal yang mulia dan terpuji. Khususnya ilmu agama Islam. Sebab, dengan menekuni ilmu-ilmu agama, bererti dia telah merintis jalan untuk mencari redha Allah. Dengan ilmu itu ia dapat menghindari larangan-larangan Allah dan menjalankan perintah-Nya. Karena itulah para malaikat selalu melindungi orang-orang yang sedang menuntut ilmu. Dan kelak di hadapan Allah mereka mendapat kemuliaan yang hanya terpaut satu darjat dengan para nabi.


1. Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar.Ini adalah golongan yang mabuk ilmu.

2. Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi saperti mufti dan bergaji besar.Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta. Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan.

3. Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin.Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu.Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.

4. Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour. Agar orang kata dia
intelek.Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat nama.

5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan. Agar dia tidak di pandang hina.Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina.

6. Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara.Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina.Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.

7. Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah.Juga dengan tujuan agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain lain.Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum-hukum Tuhan.Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa.

Kita umat Islam dalam menuntut Ilmu biarlah menjadi golongan yang ke-7 ya itu mencari ilmu kerana Allah Taala. Kalau belajar bukan kerana Allah maka rugi lah, kerana mungkin untung di dunia tetapi rugi di akhirat saperti yang di nyatakan di dalam Hadis yang di tulis di awal tulisan ini. Sempena musim peperiksaan ini sama-samalah kita membetulkan niat masing-masing agar kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Serta mendoakankan kejayaan sahabat-sahabat kita,"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga" Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali

Nabi (saw) bersabda: "Sesiapa yang mempelajari ilmu untuk dipamerkan, kebanggaan dan duniawi, Allah akan menghilangkan keberkatannya, menyempitkan hidupnya dan membiarkannya sendirian." (Wahj al-Balaghah)

Nabi (saw) bersabda: "Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, ia akan lebih banyak merosak daripada memperbaiki."(Wahj al-Fashahah)

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

Imam Ali bin Ali (as): "Orang yang paling celaka ialah orang yang dikenal ilmunya tapi tidak dikenal amalnya."(Ghurar al-Hikam)

Labels:


Older Post | Newer Post